Saturday, November 16, 2013

Daily Reminders ...

"Sunyinya takda earphone. Takdapat nak dengar lagu"
-Haih bayangkan ada orang kat luar sana pekak. Mereka takdapat dengar. Syukurlah kita ada telinga berfungsi dengan baik.

Tiba-tiba dapat berita dari kawan yang ada 2 orang pelajar UMK mati lemas. Innalillah. Both of them are my age. 


Berita Universiti (Official Pages)
Dua Penuntut UMK Mati Lemas Di Lata Renyok

Jeli, 15 Nov : Dua penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli telah meninggal dunia akibat mati lemas ketika berkelah di Lata Renyok, Jeli, Kelantan.

Kejadian menyedihkan itu diberitakan telah berlaku pada petang hari ini, Jumaat, 15 November 2013.

Dua mangsa berkenaan adalah Azem Sameer, 21 tahun yang berasal dari Klang, Selangor manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai Zulfikar.

Kedua-dua mangsa adalah penuntut Tahun Dua Jurusan Sains Pembangunan Produk UMK Jeli.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa tidak dapat menyelamatkan diri setelah lemas ketika mandi-manda dan rakan-rakan lain turut tidak dapat membantu mangsa ekoran arus deras.

Jenazah kedua-dua mangsa bagaimanapun selamat ditemui dan dibawa ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.


DariNYA kita datang kepadaNYA kita kembali. Al Fatihah.. Takziah buat kedua-dua keluarga mangsa.

Alhamdulillah, aku masih bernafas hari ni.

No comments:

Post a Comment

blah blah blah